Sistem Suria
- Matahari merupakan pusat Sistem Suria
- Matahari juga merupakan objek terbesar dalam Sistem Suria
- Matahari adalah sebiji bintang yang terletak paling hampir dengan Bumi.
- Matahari mengeluarkan haba, cahaya dan tenaga.
- Jika tiada Matahari, hidupan di Bumi tidak akan wujud.
- Tanpa cahaya Matahari, tiada hidupan yang boleh hidup kerana suhu terlalu sejuk dan Bumi akan beku.
- Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan Bumi, tujuh planet yang lain, komet dan asteroid dalam orbit masing-masing.
- Semua ahli Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama namun pada kelajuan yang berbeza.
- Ada 8 buah planet dalam Sistem Suria.
- Susunan planet-planet mengikut jarak paling dekat hingga paling jauh dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
- Kesemua 8 planet itu bergerak mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar yang dipanggil orbitdan bergerak dalam arah lawan jam (barat ke timur).
- Semakin jauh planet tersebut dari Matahari, semakin besar orbit planet itu.
- Semasa planet-planet beredar mengelilingi Matahari, planet-planet juga berputar pada paksinya sendiri mengikut arah lawan jam kecuali planet Zuhrah (mengikut arah jam) manakala Uranus berputar pada sisinya (dari atas ke bawah).
- Setiap planet mempunyai masa yang berlainan untuk melengkapkan satu
- edaran lengkap mengelilingi Matahari.
- Satelit Semula Jadi atau dipanggil Bulan merupakan objek kecil yang beredar mengelilingi kebanyakan planet.
- Bulan adalah satelit semula jadi bagi Bumi.
- Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam.
- Bulan mengambil masa selama 27.3 hari untuk beredar mengelilingi Bumi.
Assalamualaikum,admin,melalui perkongsian ini,saya dapat info yang baharu dan grafik yang diberikan sangat menarik.
ReplyDelete